JANGAN LUPE FOLLOW AKU OK

Sunday, January 16, 2011

fakta-fakta menarik

-Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

-Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.


-Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

-Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

-Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

-Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

-Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

-Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

-Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

-Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

-Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

-Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

-Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

-Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

-Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

-Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

No comments:

Post a Comment